Wednesday, November 18, 2009

hadiah besday dari HONDA..



cute x?

LANGKAWI...



bawak student wat program p Langkawi. leh la aku p merasa naik Gunung Matcincang walaupun takut hehehe...sbb dh pnh naik kat genting kan...ok la. tp tinggi n jauh dari genting.perasaan aku la realiti xtau la. hmmm..pa lg yg menarik kat Langkawi? tu je yg aku p...hahaha...

Friday, August 28, 2009

Thursday, August 27, 2009

welcome PJH 8484


yeaa...syoknyer keta baru!! mmmuuaaahhhhh...cayang! hahaha..keta pertamaku mestila syg n suka kan? hmm...27 ogos lahir la PJH 8484 bernama Honda City gray..sanggup naik bas dgn hubby aku p amik keta kat alor setar coz dua2 nk naik keta baru. naik bas turun shahab, then naik teksi. bestnyer xterkata hahaha...walaupun keta tu hak milik Bank Muamalat. tapi aku sewa la 9thn. then terus beli. Mana da keta sewa 835sbln...kancil pun rm50 sehari. hahaha..tp separuh gaji aku la.uuwaaa...raya ni pakai keta sewa la aku..cian wira hubby aku terpinggir. semalam ditinggalkan kat kg aku. kitorang blk umah mak hubby aku. hehehe...ala2 transformers keta sewa aku nih...(malu lak nk ngaku keta aku)kuang3!!! mmg puas ati la..

Tuesday, August 25, 2009

Romantis dalam seminggu

WALAUPUN kerap kali memadahkan kata-kata sayang kepada si dia tetapi, kamu masih tercari-cari idea pengucapan yang kreatif dan romantis untuk dilontarkan kepadanya. Padahal, perasaan romantis dalam sebuah perhubungan amat jelas diperlukan. Itulah yang membuatkan hubungan kamu dan si dia bertambah intim.Persoalannya, tidak semua orang mempunyai sikap romantis yang berterusan. Walaupun kehadirannya tidak boleh dipaksa tetapi, bagaimana pula jika kamu tergolong dalam insan yang tidak romantis? Sekiranya benar, usah risau kerana kamu masih mempunyai masa untuk meraih gelaran romantis hanya dalam tempoh satu minggu. Ikuti panduan di bawah ini.:-

Hari pertama Buat catatan berunsur pernyataan cinta kamu kepada pasangan di atas sekeping nota atau sebuah buku yang dihias indah. Catatan yang ditulis itu boleh digantikan dengan serangkap puisi. Jadi, kamu tidak perlu lagi mengucapkan I love you sekiranya berasa malu atau tidak selesa. Letakkan catatan atau puisi tersebut di tempat yang mudah dilihat dan senang ditemuinya.Misalnya di atas meja makan, saku jaketnya atau di atas kusyen keretanya. Jangan lupa tampilkan nama kamu sebagai penulis catatan. Dengan cara ini, dia tidak perlu lagi menunggu giliran untuk kamu menyatakan rasa cinta kepadanya. Jika agak sulit untuk meninggalkan catatan tanpa diketahui atau tidak sempat bertemu dengannya pada awal pagi, luahkan rasa itu menerusi Pesanan Khidmat Ringkas (SMS) atau e-mel.Begitu juga, tiada bezanya sewaktu menunggu kepulangannya dari tempat kerja. Luahkan perasaan romantis kamu terhadapnya dengan cara memeluk erat pasangan sambil memberi ciuman mesra. Katakan kepadanya betapa kamu mencintai dan merinduinya setiap masa. Kongsi bersamanya tentang apa yang dilakukan seharian. Jadikan satu kebiasaan baru buat diri kamu.

Hari kedua. Sekiranya, sebelum ini kamu bukan pasangan yang gemar mengirim sejambak bunga, kini lakukannya sebagai rutin minggu atau bulanan. Pesan sejambak bunga atau sekuntum bunga segar dan kirimkan ke pejabatnya atau letak sendiri di atas meja pasangan. Jika hari ini kamu membuat temu janji dengannya, berikan dia sedikit kejutan. Kamu seharusnya membuang rasa segan untuk membawakan hidangan, minuman, atau ais krim kegemarannya.Sekiranya kamu lupa untuk membelinya, peluk dan beri ciuman mesra saat bertemu dengannya. Pelukan dan ciuman kamu mampu mewakili perasaan rindu dan cinta kamu kepadanya.

Hari ketiga Jika jarak tempat kerja kamu dan pasangan tidak terlalu jauh, cuba aturkan waktu makan tengah hari bersama. Setelah kembali ke pejabat masing-masing, kamu seharusnya mengirimkan SMS atau e-mel berisi ungkapan perasaan senang kamu pada waktu makan tengah hari bersamanya sebentar tadi.

Hari keempat Telefon pasangan pada siang hari saat dia sedang menikmati waktu lapang. Tanyakan kepadanya, adakah dia sudah ada temu janji pada malam ini. Jika belum, cuba bincang dan lakukan perkara romantis pada malam ini. Ingat, malam romantis tidak seharusnya diisi dengan candlelight dinner di restoran mewah atau eksklusif. Makan di pinggir jalan dengan hidangan lazat, dalam suasana tenang sambil diiringi lagu kegemaran kamu berdua sudah cukup membangkitkan rasa romantis di antara kamu.

Hari kelima. Adakah pasangan mempunyai waktu terluang? Jemput dia datang ke rumah sebaik dia pulang dari tempat kerja. Siapkan makanan kegemarannya dan sajikan di bawah cahaya lampu lilin.Dengan menulis menggunakan pensil, buat gambar hati bersaiz besar. Tuliskan kalimat I love you di tengahnya. Letakkan gambar itu di tempat yang mudah dilihat saat dia menjejak kaki ke rumah kamu.

Hari keenam. Jika cuaca baik, kamu harus mengajak pasangan menikmati udara luar. Bukan ke kelab atau pusat beli-belah, tetapi menikmati keindahan dengan berjalan kaki bersama di taman. Ceritakan kenapa dia begitu istimewa buat kamu.

Hari ketujuh. Cinta tidak semestinya selalu bersama dan bertemu setiap hari. Beri kesempatan kepada pasangan untuk beristirehat bersama sahabat mahupun ahli keluarganya. Kamu boleh menggunakan hari itu untuk menghiasi potret wajah kamu berdua di dalam bingkai dan hadiahkan kepadanya pada esok hari.Meskipun tidak bertemu, kamu masih berpeluang menunjukkan kehadiran menerusi panggilan telefon. Ucapan selamat tidur atau mengalunkan puisi romantis sebelum dia melelapkan mata mampu melahirkan rasa kasih dan romantis kamu terhadapnya

Sunday, August 2, 2009

Balik dari Pulau Pangkor...

tidak seperti yang dijanjikan, perjalan kursus PTSS ke Pangkor bermula pada jam 11.30pg sejam lewat. perjalanan yg agak panjang..setiba di jeti setiap peserta disambut dgn cahaya camera..fuhh..mcm artis turus dari helikopter..tp smua bertopeng seperti doktor bakal menjalankan emergency surgery. yelah..isau gak tegah kemelut H1N1 nih. naik bot,aduh mabuk kepayang palk..nasib naik atas tempat terbuka aku ok.then bermula la kursus di pulau tuh..so mcm biasa kursus kan..tahan jer mata n telinga dgr ceramah..minda?

xtau ke mn..hehehe..sory ek..biasa la manusia..Paling best round island la..mlm karoeke,benda yg aku xsuka..hmm..camna ek? dh jd budaya ker? pandangan aku tentang karoeke ni adalah negatif..dari segi norma masyarakat adakah ia di positif kan? aku pn xtau..tp aku xdiajar utk itu..maaf yer..blk shoping skit kat lumut...kejap jer xtau nk beli per..sampai d PTSS dh lewat mlm..10.30 baru blk umah..paginyer keje...aduh..letih sangat...

Thursday, July 30, 2009

PANGKOR...Oh! PANGKOR...

alamak..bestnyer p pangkor..nama pangkor tu memang macam best..tp best ke?

aduh..malas betul la. tapi xpelah dah org nk bg p free kan..Dah la time tengah gawat darurat nih..H1N1. fuhh..minta jauh la Ya Allah..sesungguhnya segala apa yang berlaku atas kehendakMu. Ku mohon perlindungan dari Mu sepanjang aku di sana dan pulang dengan sihat sejahtera.